Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa 

Masalah gastrik seringkali dijadikan alasan untuk tidak berpuasa ?
 
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.



Berikut dinyatakan beberapa tips untuk mencegah gastrik ketika bulan puasa.

1. Berbuka secara ringan

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.




2. Tidak berbuka terlalu berat

Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka


Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.



 5. Elak makanan tinggi lemak

Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.


Pengambilan Supplemen Mengatasi Masalah Gastrik

Sebagai satu usaha, anda boleh mengambil supplement seperti berikut bagi membantu mengatasi masalah gastrik:




Jom baca bagaimana ianya berfungsi untuk mengatasi masalah gastrik...

✿ ESP ~ tinggi alkali nya yang membantu meneutralkan asid, mengandungi protein yang membantu membina sel-sel badan untuk menggantikan sel-sel lama. Selain daripada tu, anda dapat extra2 khasiat lain..khasiat kecantikan, awet muda, dalaman yang mantap, berat badan yang ideal / boleh slim, untuk ibu2 yang masih BF sebagai milk booster.

✿ Ostematrix ~ Pesakit gastrik memang sangat2 digalakkan mengambil susu sebagai hidangan harian. Ostematrix ni kaya Kalsium serta bersifat alkali yang akan meneutralkan asid dalam perut. Selain daripada tu, ostematrix bagus untuk saraf & tulang, melegakan sakit2 atau lenguh2 belakang.

✿ B complex shaklee ~ yang bertindak sebagai penenang (anti stress) jadi anda TAK PERLU lagi painkiller, B complex shaklee bagus untuk kesihatan yang menyeluruh, juga untuk kecantikan kulit serta metabolisma badan.



Ok, sekarang dah tahukan fungsi setiap vitamin...  
Sekarang kita lihat pula apa kata penguna



 


Mari kita berikan yg terbaik buat diri kita agar gastrik bukan lagi satu masalah utk kita menjalankan Rukun Islam yang ketiga ini. InshaAllah. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini adalah yang terindah buat kita dan mari sama-sama kita berusaha untuk mengatasi masalah gastrik ini agar ia tidak menjadi asbab untuk kita meninggalkan puasa kita. 




0 comments: