Menu semasa berpantang

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.. 

Rasa terpanggil untuk menulis entry kali ni iaitu Menu semasa berpantang, kasihan bagi ibu2 yang  melalui pengalaman pertama kali berpantang atau berpantang sendirian di rumah.. Bukan apa.. berpantang ni penting bagi saya ...  

Menu semasa berpantang

Pemakanan sewaktu berpantang aspek yang paling penting dalam rawatan pantang bersalin, kerana semasa proses kehamilan telah menggangu keseimbangan hormon.. contohnya seperti tekanan, gangguan emosi akibat perubahan fizikal apatah lagi semasa melahirkan anak.. tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang tercedera dan terjadinya luka dibahagian tertentu. Jadi pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu bagi megembalikan tenaga, mempercepatkan proses pemulihan luka semasa bersalin. Bila badan kita cergas, sihat , bertenaga InsyaAllah, kawalan emosi kita juga baik.. Almaklumlah, waktu berpantang kebiasaannya hati kita mudah tersentuh, mudah stress kerana hormon dalam badan masih belum stabil...

Bersyukur sangat, 2x pengalaman berpantang dijaga rapi oleh ibu sendiri di rumah.. segala makan minum dijaga.. Alhamdulillah.. In Sha ALLAH lepas ni kalau berpantang sendiri dirumah dah tau apa nak kene buat..  :)

Baiklah... Hari ni saya nak kongsikan menu semasa berpantang kepada ibu2 yang baru pertama kali melahirkan atau berpantang sendiri di rumah.. .
Kita lihat dulu apa yang boleh / tak boleh diambil sewaktu berpantang 


PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-


Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika


Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.


Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) ,Ubi Kentang, Sawi, Kobis ( Untuk banyakkan susu),


Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni


Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.


Makanan Bijirin iaitu Gandum , Nestum, Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu - Untuk banyakkan susu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG


Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.


Ibu berpantang adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.


Ibu berpantang dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik.

Elakkan juga makanan yang terlalu berminyak, bersantan dan kalau boleh makanan di masak secara dipanggang, atau direbus.. Makanan yang beragin seperti nangka juga tidak digalakkan kerana dikuatiri bayi akan mengalami masalah kembung perut...


Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Menu semasa berpantang
gambar hiasan dari google

Ini adalah menu yang saya amalkan semasa berpantang.. Boleh cuba.. makan dengan nasi panas2.. Halia dang lada hitam sangat bagus sewaktu berpantang... orang tua2 kata boleh panaskan badan...

AYAM KUKUS LADA HITAM

Bahan2 :
Seketul ayam, sedikit lada hitam, sedikit halia, sedikit bawang putih ( perap semua bahan selama 30minin dan kukus )

SAWI MASAK AIR

Bahan2 :
Segemgam sawi, sebiji bawang merah dan bawang putih ( rebus, tak perlu letak minyak)

IKAN HARUAN REBUS

Bahan2 :
Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih , 1 tangkai lada merah, sedikit halia dan lada hitam

IKAN HARUAN BAKAR

Bahan2 :
Seekor ikan haruan, 1 biji bawang putih, sedikit lada hitam dan halia ( perapkan 30 minit dan bakar )

IKAN TENGGIRI GORENG KUNYIT / TEMPE / TAHU

Bahan2 : 
Seketul ikan tenggiri, sedikit kunyit, sedikit halia dan lada hitam (perapkan dan goreng )

ULAM PEGAGA

Bahan2 : 
Segemgam pegaga dihiris kasar, sedikit lada hitam dan ikan bilis tumbuk

IKAN HARUAN KUKUS LADA HITAM

Bahan2 :
Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih, sedikit halia dan lada hitam (peram 30minit dan kukus)

IKAN TENGIRI MASAK ASAM KUNYIT

Bahan2 : 
Seketul ikan tengiri, 2 biji bawang putih, sekeping asam dan sedikit halia ( masak tanpa mengguna kan minyak )

IKAN BILIS GORENG LADA HITAM

Bahan2 : 
Segemgam ikan bilis, sedikit lada hitam ditumbuk (gorengkan semua bahan tanpa minyak hingga ikan bilis garing )

Owh ye.. pengambilan air masak yang cukup juga penting tau.. kalau ikut org tua2.. kebiasaanya mereka tak galakkan sangat sebab takut bentan la.. lambat baiklah luka.. tapi bagi saya air penting.. masa saya berpantang saya minum je seberapa banyak.. Alhamdulillah, semuanya ok.. tidak sembelit.. susu juga bertambah banyak..

Moga perkongsian ini dapat membantu ibu2 diluar sana. Jangan stress2 kerana ianya akan memudaratkan kesihatan anda.. susu badan juga boleh merundum...
Selamat berpantang ya !!!
Semoga anda ban bayi anda berada dalam kesihatan yang baik..

Anda juga boleh dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE di SINI


 

0 comments: