Feature news

Showing posts with label SET BUASIR. Show all posts

Cara merawat Penyakit Buasir - Atasinya dengan Vitamin Shaklee

Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?

  • Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
  • Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
  • Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
  • Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
Jika jawapan anda adalah YA, anda mempunyai penyakit Buasir dan anda perlu baca ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali secara dekat apakah penyakit buasir?

Apakah Penyakit Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Cara merawat Penyakit Buasir

Jenis-jenis Buasir

1) Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Punca Penyakit Buasir

Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:


  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Sumber: www.anispharmacy.com

Anda dah taukan apa itu penyakit Buasir ? Bagi anda yang mengalami penyakit Buasir, di Shaklee ada penawarnya. Saya sarankan anda mengambil Set Buasir Shaklee iaitu Ostematrix, Zink dan Omega untuk merawat penyakit buasir.   Lihat pula bagaimana ianya dapat membantu masalah buasir ini. 

Cara merawat Penyakit Buasir

  • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Tip-tip berikut akan membantu anda:

  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
  • Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 

 
Lihat pula Testimoni di bawah

Cara merawat Penyakit Buasir
Klik utk lebih jelas
 *** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿


Learn more »

Sembelit selepas bersalin

Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mendapat jahitan.
Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?
Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.



Tips mencegah / mengatasi sembelit selepas Bersalin


  • Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. 
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Pengambilan supplemen tambahan juga dapat membantu.
sumber : babycentre

Cadangan supplemen untuk atasi sembelit
 
 OSTEMATRIX
  • membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan terutama pada anda yang mempunyai luka jahitan. 
  
 
OMEGAGUARD

  • dapat membantu mengecutkan otot usus yang bengkak yang menyebabkan keperitan semasa membuang air besar.
  
ZINC COMPLEX

  • disarankan kepada yang mengalami sembelit pada tahap yang lebih teruk sehingga membuang air besar najis berdarah. 
  • ia membantu menyembuhkan luka dalaman dubur dengan lebih cepat.




Bukan hanya ibu selepas bersalin saja ye...sesiapa yang menghadapi masalah sembelit pun boleh mencuba nya!!! Dapatkan OSTEMATRIX, OMEGAGUARD & ZINC COMPLEX dengan harga yang sangat istimewa


✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿

Learn more »

Vitamin untuk buasir

Vitamin Shaklee Yang Disarankan bagi yang mengalamai masalah buasir ialah :


OSTEMATRIX



Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.



OMEGA GUARD



Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.



ZINC COMPLEX



Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.




Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Faktor2 buasir berlaku:
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom2 nya pula:
· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
 
Dan peringkat2 buasir:

Tahap 1:
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal


Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur




✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿

Learn more »