Sembelit selepas bersalin

Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mendapat jahitan.
Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?
Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.



Tips mencegah / mengatasi sembelit selepas Bersalin


  • Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. 
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Pengambilan supplemen tambahan juga dapat membantu.
sumber : babycentre

Cadangan supplemen untuk atasi sembelit
 
 OSTEMATRIX
  • membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan terutama pada anda yang mempunyai luka jahitan. 
  
 
OMEGAGUARD

  • dapat membantu mengecutkan otot usus yang bengkak yang menyebabkan keperitan semasa membuang air besar.
  
ZINC COMPLEX

  • disarankan kepada yang mengalami sembelit pada tahap yang lebih teruk sehingga membuang air besar najis berdarah. 
  • ia membantu menyembuhkan luka dalaman dubur dengan lebih cepat.




Bukan hanya ibu selepas bersalin saja ye...sesiapa yang menghadapi masalah sembelit pun boleh mencuba nya!!! Dapatkan OSTEMATRIX, OMEGAGUARD & ZINC COMPLEX dengan harga yang sangat istimewa


Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa
Email : ummicollection@gmail.com
Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni
Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe
Sms/WhatsApp : 016-2202565
Shaklee Independent Distributor
ID : 908754

0 comments: