Teknik Marmet atau perah dengan menggunakan tangan

Bagi ibu-ibu yang berkerja... 2 minggu selepas melahirkan bati adalah waktu yang terbaik untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan apabila mula berkerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya asil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh berkerja 8pg - 5ptg)

Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil sisi yang dipam pada 24hb dan 25hb boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti barulah susu yang dicampurkan tadi diletakkan di tempat beku.
 
Teknik Mermet atau perah dengan menggunakan tangan

Teknik Marmet




Memerah dengan tangan  

Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran
Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah 
Sediakan bekas yang bersih dan steril 
Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa 
Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex) 
Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks 
Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu 
Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan) 
Tekan payudara ke belakang ke arah dada
Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
Teruskan memicit sehingga susu keluar 
Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril 
Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar 
Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut) 
Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
Tukar ke payudara yang satu lagi 
Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
■  Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
■ Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara 


Bila Boleh guna Teknik Marmet

Ketika awal2 kelahiran bayi (ayu dulu mula2 perah dgn tangan juga..lepas dah lama2 sikit baru la guna breastpump) 

Ketika terlupa membawa aksesori breastpump di pejabat (cth:breastshield utk Spectra3) ----> tak perlu risau, boleh perah dengan tangan 

Ketika mengalami kelukaan (cth : macam diri ayu sekarang ni, mmg guna tangan je since bila guna bp ni lagi memburukkan keadaan ----> lagipun senang sikit, pergi ke ofis tak perlu la usung dah beg S3 ni, bawa handbag + cooler bag je) 

Ketika keluar kemana2 tanpa membawa bayi (cth : ketika pergi shopping tak bawa baby, mcm baru2 ni pergi sogo members day, juz bawa botol + nursing cover je, cooler beg mmg letak dalam kereta...time solat boleh perah & hasil perahan tu simpan dalam botol yang boleh tahan dengan suhu luar bilik selama 4 jam ye kawan2 sekalian...


Video dibawah adalah cara Teknik Marmet dilakukan..





(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)


0 comments: