Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul
Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul
1) KEDUDUKAN BADAN
- Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
- Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
- Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2) CARA MEMEGANG BAYI
- Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
- Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
- Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
3) CARA MEMEGANG PAYUDARA- Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
- Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
POSISI PENYUSUAN
a) Posisi mendukung/buai
* Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
* muka dan kepala bayi menghadap payudara
b) Posisi mendakap/di sisi
* ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
* ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
* pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
c) Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
* Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
* Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
d) Posisi baring
* bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
PENYUSUAN BAYI KEMBAR
* Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan
------------
Cara yang betul menyusukan bayi
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
* dagu bayi jauh
* tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
* dagu tidak menyentuh payudara
* ibu rasa sakit
* payudara bolehbengkak dan puting luka
0 comments: