Petua Untuk Menghilangkan Angin Pasang Bayi
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut, manakala pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia. Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.
Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik. Kerana ini amat membahayakan kerana kuman yang mungkin menjangkiti kawasan yang membonjol ini akan menyebabkan ia menjadi lebih parah.
Ikuti Petua2 Untuk Menghilangkan Angin Pasang Bayi
• Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam (boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
• Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks di bawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.
• Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).
• Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan seperti yang disebutkan.
• Tuam guna lada hitam/biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu bungkus dengan kain, barulah tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandikan waktu pagi/petang.
• Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan panaskan terlalu lama, lebih kurang 1-2 minit sahaja. Seterusnya, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus. Tuam perut bayi dengan telur dia sekali secara menaik. Maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tersebut.
• Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat dan tekap-tekap pada bahagian zakarnya. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.
Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
0 comments: