Masalah angin pasang (Hernia) dikalangan bayi lelaki

Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).

Masalah angin pasang (Hernia) dikalangan bayi lelaki

Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.

Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berpaut kepada peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.

Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.

Hernia adalah satu benjolan yang tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal @ tidak normal.

Faktor-faktor lain adalah seperti :

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah. 

2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat. 

3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen. 

4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital). Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus). 

Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia. 

Tanda-tanda Inguinal Hernia

Masalah angin pasang (Hernia) dikalangan bayi lelaki
Gambar 1
Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.
Komplikasi
Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
 
Masalah angin pasang (Hernia) dikalangan bayi lelaki
Gambar 2
Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap. 

Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.

Ketahui Petua atasi angin pasang di SINI

Rujukan : Portal Rasmi MyHealth KKM

0 comments: