Enzema Kanak-kanak.
Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis.
Ekzema atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema dermatitis bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Keadaan radang pada kulit ini disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
✿ Apa penyebab ekzema? ✿
• Keturunan.
• Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
1) Infeksi virus.
2) Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
3) Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
✿ Apakah tanda tanda dan gejala ekzema? ✿
• Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
• Bengkak kecil yang berair.
✿ Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan? ✿
• Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
• Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
• Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
• Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
• Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
• Rawatan Homeopati dan lain terapi alternatif
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
✿ Bagaimana langkah-langkah untuk membantu anak saya? ✿
• Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
• Elakkan mandi air panas/suam.
• Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
• Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
• Elakkan dari fabrik yang kasar.
• Jangan gunakan sabun apabila mandi.
• Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
• Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/
Anak anda Ekzema ??? Ingin dapatkan Produk Alami Mesra Bayi ???
Atasi masalah Enzema Dengan Vitamin Shaklee
0 comments: