Persediaan untuk penyusuan bayi semasa hamil



Persediaan untuk penyusuan bayi semasa hamil


(1) Kenali payudara anda


Perkara ini nampak remeh tapi sangat memberikan impak yang besar. Ibu-ibu boleh memeriksa keadaan payudara anda samada anda mempunyai puting tenggelam (inverted nipple) atau normal. Bukanlah bermaksud untuk lihat samada payudara anda bersaiz kecil atau besar kerana saiz tidak menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.

Cara pemeriksaan yang mudah adalah ketika waktu mandi. Cuba tekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda normal. Jika hampir seminit puting payudara masih ke dalam, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam atau inverted nipple.

(2) Ilmu penyusuan


Digalakkan untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin supaya anda lebih jelas dengan konsep asas penyusuan iaitu “SUPPLY VS DEMAND”. Hadiri kelas-kelas penyusuan dan jika boleh, datanglah bersama-sama dengan suami supaya suami juga mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu dan menjadi tulang belakang si ibu.

Rujuklah kepada rakan-rakan yang berpengalaman dan boleh juga melalui pembacaan. Saya mula menanam niat untuk menyusukan anak saya apabila sering mengikuti pekembangan rakan-rakan saya yang menyusukan anak mereka.

(3) Persedian alat-alat penyusuan


Saya menggalakkan ibu-ibu untuk membeli pam payudara sebelum bersalin lagi. Anda boleh memilih pam payudara yang sesuai dengan suasana perkejaan dan untuk membeli pam yang bergred hospital, sudah banyak online shop yang menyediakan sistem kutu untuk pembelian pam.

Selain itu, NURSING BRA dan juga BREAST PAD juga penting kerana di awal kelahiran selalunya susu akan banyak sehingga baju boleh basah lencun. Bekas untuk penyimpanan susu perahan (EBM) juga perlu ada. Ada juga yang mencadangkan pembelian COOLER BAG kerana kita tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi. Mungkin ada yang terpaksa duduk di hospital kerana bayi dimasukkan NICU yang memerlukan ibu untuk mengepam dan menghantar susu perahan ke hospital.



0 comments: