Masalah gastrik ketika puasa

Masalah gastrik ketika puasa
 
Alhamdulillah, dah masuk seminggu kita berpuasa.. Rata-rata kita sudah mula menjadi semakin serasi dengan keadaan tidak makan dan tidak minum bermula dari sesudah Fajar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

Bagi yang sihat, rasanya tak ada masalah untuk menempuh tempoh sebulan berpuasa ini. Tapi bagaimana pula dengan yang kerap kali diserang masalah gastrik? Pastinya ramai yang gusar kerana jika tidak diteruskan berpuasa, nanti banyak sangat pula yang perlu diganti. Tapi kalau dipaksa dan diteruskan pula, dikhuatiri boleh memudaratkan badan sendiri.

Antara sebab gastrik yang utama ialah amalan waktu makan yang tidak teratur. Seringkali penghidap gastrik terpaksa minum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.



TIPS PENCEGAHAN SEPANJANG BULAN PUASA


  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
  2. Bersahurlah pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  4. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
  5. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  6. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  7. Elakkan makanan yang berlemak.
  8. Hindari sesetengah sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. 
  9. Bersahurlah  dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  10. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH GASTRIK


1) ESP (Energising Soy Protein)

Pengambilan ESP dapat membantu mencegah dan meringankan masalah gastrik ini. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP dapat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain itu, ESP membantu memberi tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Sangat bagus utk pesakit gastrik kerana biasanya pesakit gastrik tidak dapat bertahan lama untuk berpuasa. 

2) OSTEMATRIX (sumber Kalsium)

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. Selain itu, ia bagus untuk rasa ketidakselesaan pada badan dan sendi-sendi. 

3) PEPPERMINT GINGERPLUS

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Nak lebih bertenaga, tiada rasa lapar yang memungkinkan anda diserang gastrik kembali? Amalkan set ini, Insya Allah dapat meringankan masalah anda dan ibadah berpuasa lebih sempurna!

Klik sini untuk buat pembelian terus set ini 




 

0 comments: