Tips-tips untuk mengelakkan sembelit

Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Tips-tips untuk mengelakkan sembelit

  1. Lakukan aktiviti yang cukup seperti berjalan di waktu pagi kerana ianya dapat membantu proses pencernaan makanan.
  2. Lebihkan memakan makanan berserat, panas dan manis
  3. Segera bergerak atau melakukan aktiviti ringan selepas bersalin
  4. Dapatkan info yang lengkap dan tepat agar anda tahu apa yang bakal dilalui selain sebagai persediaan menghadapi fasa sukar membuang air besar
  5. Amalkan pengambilan diet tinggi protein seperti ESP selepas bersalin bagi memulihkan sel-sel dan tisu-tisu badan yang telah tercedera
  6. Pengambilan kalsium (Ostematrix) selepas bersalin juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit

Jom kita lihat apakata mereka yang telah mengamalkan Vitamin Shaklee bagi mengatasi masalah sembelit


set bersalin shaklee
Klik sini utk lebih jelas

Tips-tips untuk mengelakkan sembelit
Klik sini utk lebih jelas


 Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa 
 Email : ummicollection@gmail.com 
 Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni 
 Sms/WhatsApp : 016-2202565
 Shaklee Independent Distributor 
 ID : 908754 

0 comments: