Konsep Asas Penyusuan Susu Ibu

Fahami Konsep Asas Penyusuan Susu Ibu



Salam semua..

Entri  kali ni saya nak fokus pada konsep penyusuan susu ibu. Ramai juga diluar sana masih tak faham konsep sebenar penyusuan susu ibu ni. Nak susu yang banyak, tapi tak buat cara yang betul. Berapa banyak atau hebat macamana pun supplemen yg kita ambil, jika kita tak faham konsep sebenar penyusuan pun tak akan dapat result yang memuaskan. 

Jom kita tengok konsep asas penyusuan susu ibu yang saya share dari rakan-rakan blogger.

set penyusuan shaklee


Kekerapan  Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam. 


Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.

Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. Mengepam susu DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.
Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.  

Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali slps menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormone prolactin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam 


set penyusuan shaklee


Pemakanan yang teratur dan seimbang
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.

Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:
  • Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur. 
  • Mood yang tidak stabil (mood swing). Mudah marah dan sensitif 
  • Muka kelihatan pucat. 
  • Mudah rasa nak pitam atau pening kepala. 
  • Kulit wajah yang kusam. 
  • Wajah nampak tua dari umur sebenar. 
  • Sakit2 sendi, sakit pinggang, sakit belakang·       
  • Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2, tumit kaki yang keras. 
  • Keguguran rambut yang teruk. 
  • Keinginan seks yang menurun. 
  • Sakit gigi.

Minum Air Dengan Banyak

Saya sudah berjumpa dengan ramai ibu-ibu yang mengeluh apabila penyusuan anak2 mereka hanya bertahan selama 3 atau 4 bulan sahaja. Saya tanya kenapa? Dan kebanyakkan jawapan yang saya dapat adalah kerana susu kering atau susu sedikit menyebabkan anak2 mereka menangis macam tak puas menyusu.

Memang kita selalu dimomokkan dengan bayi akan lapar kerana susu ibu sahaja tak cukup untuk keperluan bayi. Sebab tu kita mudah nak top up susuibu dengan susu formula. Tapi kalau kita tengok zaman tok nenek kita dulu, masa susu formula belum ada, apa yang tok nenek kita bagi pada anak-anak mereka? Susuibu juga, kan? Ada tak mereka cakap susu tak cukup kena top up dengan air lain…tak,kan? Susuibu jugalah yg diberi. Cukup atau tak cukup? … dan ianya memang cukup.

Kenapa bayi akan tidur lebih lama jika diberi susu formula? Ini adalah kerana tekstur susu formula itu sendiri yang tidak mudah dihadam oleh perut bayi yang masih baru. Ini bermakna enjin pencernaan bayi perlu berkerja dengan lebih kuat bagi mencernakan susu formula ini dan proses pencernaan ini mengambil masa yang lama. Oleh kerana itulah yang menyebabkan bayi tidur lebih lama dan kurang menyusu kerana kekenyangan. Padahal kita tahu dan nurse2 kat hospital pun selalu bagitau yang bayi kena kerap menyusu bagi memastikan tubuh badannya sihat dan cukup keperluan zat bukan tidur jer sepanjang masa.

set penyusuan shaklee
Ok, berbalik kepada isu air tadi, susu anda kering atau sedikit kerana anda consume air dlm kuantiti yang sedikit. Maksudnya, keperluan air untuk menjanakan susuibu dengan banyak adalah tidak mencukupi.

Tahukah anda 90% kandungan badan kita terdiri dari air? Kalau kita tak minum air dengan banyak , darah tidak berjalan dengan lancar, bila darah tidak berjalan dengan lancar akan merencatkan sistem aliran darah ke otak, ke jantung dan ke mana-mana bahagian organ penting yang lain serta ianya juga akan merendahkan kadar metabolisme badan kita. Justeru itu, susuibu yang kandungan utamanya juga air tidak dapat dijanakan dan akhirnya menyebabkan susuibu menjadi sedikit.

Cuba check, masa kita menyusukan anak kita sekerat jalan hari tu..berapa banyak air kita minum? 3 gelas? 5 gelas? 8 gelas? Bukan ibu-ibu…

Ibu-ibu yang nak menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


<   Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.


Gembira serta berfikiran positif

Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting….dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak…. jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


Tips :-
Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. 

set penyusuan shaklee



KLIK SINI untuk supplement sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ekslusif 

0 comments: