Bayi & Air masak



 

BAYI & AIR MASAK
 
Bayi yang berusia bawah 6 bulan sememangnya tidak digalakkan untuk diberi minum air masak ataupun air putih. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang masih mengamalkan memberi minuman ini kepada bayi mereka.

Kita sedia maklum sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita. Kebanyakkan nurse ataupun doktor melarang ibu bapa memberi minum anaknyer dengan air masak.

Walaupun ianya dilarang masih lagi ada yang mengamalkannya kerana desakan orang tua yang mengatakan bahawa dengan memberi minum air masak si anak yang mengalami Demam Kuning akan cepat sembuh.

Selain itu juga, memberi minum air masak kepada bayi katanya dapat membilas tekak si anak selepas meminum susu dan supaya anak senang untuk membuang air.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula.

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.
*Air masak tidak mengandungi sebarang khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG.*

PENCEMARAN


Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.
*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS


Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat.*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.
*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj → SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis* 

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.



credit : Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur




Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa
Email : ummicollection@gmail.com
Sms/WhatsApp : 016-2202565
Shaklee Independent Distributor
ID : 908754

0 comments: