Maksimakan Kesuburan Anda
Maksimakan Kesuburan Anda
Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda.
Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan.
Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi. Sekiranya anda tidak hamil, haid akan terjadi 14 hari dari tarikh anda ovulasi.
Memahami Bila Anda Paling Subur
Catitkan setiap kitaran haid anda.
Walaubagaimanapun, Ia tidak begitu tepat bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur.
Melihat perubahan ada lendir serviks.
Disaat-saat terakhir sebelum berlaku ovulasi, anda akan mendapati yang lendir faraj menjadi lebih cerah, tidak berwarna dan lebih licin. Ia kelihatan seperti putih telur. Masa inilah anda mengalami tempoh subur yang optimal. Selepas ovulasi, lendir akan menjadi likat dan pekatMengesan suhu badan asas.
Ini adalah suhu badan semasa anda dalam keadaan rehat. Ovulasi selalunya terjadi sekiranya terjadi kenaikkan suhu badan yang konsisten terutama ditengah bulan.Teka hari ovulasi dengan Kit Ovulasi
Kit ovulasi boleh memberi jangkaan yang agak tepat bila anda akan berovulasi. Ia terdapat dimana mana farmasi tetapi harganya agak mahal. Untuk keputusan yang tepat sila ikuti arahan yang diberikan pada label.Perkara Yang Perlu Diambilkira Semasa Mencuba Untuk Hamil
Perkara yang anda perlu buat
- Membuat hubungan seks dengan kerap. Sekiranya hubungan seks anda konsisten 2-3 kali seminggu, anda sememangnya sukar terlepas masa kesuburan anda. Bagi pasangan yang mencuba untuk hamil tiada istilah yang dikatakan terlalu banyak seks.
- Seks setiap hari semasa dekat dengan tarikh ovulasi. Mitos yang mengatakan konsentrasi sperma jatuh setiap kali seks adalah tidak benar sama sekali. Ia tidak berlaku sekiranya anda seorang yang sihat.
- Amalkan cara hidup sihat: kekalkan berat badan yang sihat, senaman secara tetap, makan makanan yang sihat dan kurangkan stress.
- Makan vitamin terutamanya asid folik. Ia boleh mengurangkan risiko spina bifina sebanyak 70%.
Elakkan perkara berikut
- Merokok. Merokok menukar tekstur mukus serviks menyebabkan sperma sukar menghampiri telur. Risiko keguguran juga bertambah sekiranya anda merokok.
- Minum alkohol
- Mengambil ubatan tanpa arahan doktor termasuk ubatan traditional kerana ia boleh memberi risiko kecacatan kepada bayi dan risiko keguguran terhadap kandungan anda.
sumber : alamhamil
Anda juga boleh mengambil Vitamin-vitamin untuk meningkatkan tahap kesuburan. Vitamin yang dicadangkan adalah
Bagaimana ianya membantu?
GLA Complex
- membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ bagi memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.
Zinc
- membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ bagi memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.
Zinc
– untuk kesuburan dan kesihatan telur dan sperma
Vita-E Complex
Vita-E Complex
- Dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
- Merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.- Merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿
0 comments: