Kejang betis sewaktu hamil
Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?
Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.
Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
- Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.Pengambilan Vitamin Ostematrix (Kalsium) dapat membantu ibu hamil mengurangkan kekejangan .. selain itu juga untuk melegakan sakit pinggang, kurangkan risiko osteoporosis juga boleh mengelakkan sembelit sewaktu hamil...
Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
- Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
- Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
- Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
- Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
- Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
- Minum banyak air.
✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿
0 comments: