5 Tip menyusu semasa Hamil
Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil
1. Ketahui Fakta
Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.
Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.
2. Rasa Sakit Pada Puting
Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.
Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.
3. Posisi Yang Selesa
Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!
4. Nikmati Momen Penyusuan
Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!
5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing
Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.
Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.
credit to lunafamily
Vitamin yang di cadangkan untuk Ibu Menyusu yang Hamil..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kebiasaannya, jika terdapat customer khususnya ibu2 menyusu yang ada masalah susu sedikit, susu merudum, susu kurang atau nak buat stok susu, pasti saya akan syorkan set super dooper booster 3M (mengandungi ESP, Set B dan sebotol Ostematrix).
Tahukah anda, kalsium dan protein sangat membantu dalam penghasilan susu ibu?
PROTEIN
Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protein diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protein meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protein, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protein tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protein yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.
♥ Di Shaklee kami ada ESP sebagai sumber protein terbaik utk menampung keperluan protein yang diperlukan badan.
KALSIUM
Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium.
Sebab itulah bila badan kekurangan kalsium akan menjadi salah satu punca susu merosot. Sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
♥ Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D & magnesium.
AKAN TETAPI... set super dooper booster 3M ni mengandungi Alfalfa didalamnya. Saya tak nafikan ada sesetengah ibu apabila mengambil alfalfa yang banyak, mendapati bayi cirit birit. Jadi di sini saya sangat mengesyorkan ibu2 yg tak boleh mengambil alfalfa pada kadar yg banyak, memadai untuk anda mencuba EU-FOUR PACK PLUS..
p/s: Set ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja termasuklah ibu hamil.
Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil
Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah: ‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.
Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!
✿ Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni ✿
✿ Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565✿
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿
0 comments: