Kebaikan Susu Ibu


RAMAI  tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai  tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang  kadangkala kurang munasabah.  Susu  ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan  berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana  dituntut Islam.  Berapa  banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta,  ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.  

Melihat  kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian  seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr  Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang  dibentuk atau dilentur.  Menurutnya,  cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan  dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika  menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan  personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu  ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan  jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.  Memberi  susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara  anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar  menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan  hati ibu.  “Susu  ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana  rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah,  dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan  emosi anak lebih mantap.  “Jika  ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran  sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan  boleh diteruskan ketika menyusu anak. 


Ketika menyusu bayi, ibu  digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran  serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan  anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu,  anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga  rohani,” katanya. 

SET PENYUSUAN
 
Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.  “Amalan  menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh  ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan  perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.  “Degil  macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu.  Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu  lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat  padanya,” katanya.  Dr  Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu  anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang  menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.  “Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat.

Jika  menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu  atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.  “Ada  sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti  bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak  menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

Oleh : NORAINON OTHMAN - Harian Metro



Alhamdulillah wa subahanallah..

Tiada yang lebih baik bagi ibu apabila dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita dan ianya pemberian percuma dari ALlah.. 

Hanya perlu korbankan sedikit duit di awal pelaburan dan ternyata memberi keuntungan berlipat kali ganda dari segi ekonomi dan juga kebaikan diri pada anak...

Moga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita.. ameen..


Pn Jaja Joe - mengambil  Set 3M + Esp


SET 3M

Puan Suziyana - mengambil Set Ibu Berpantang + Set Tambah susu + Esp

SET 3M

Pn Shima Samat - Mengambil Set 3M

SET 3M


Anda nak cuba ? Jangan lepaskan peluang.. Tawaran terbaik untuk anda dengan set permulaan (Trial Pack) Jangan malu, jangan segan.. Hubungi saya untuk maklumat lanjut..



Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa
Email : ummicollection@gmail.com
Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni
Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe
Sms/WhatsApp : 016-2202565
Shaklee Independent Distributor
ID : 908754

0 comments: