Vitamin Shaklee untuk Gout - Mencari Penawar Gout ?

Apakah Penyakit Gout?

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi. Kami mencadangkan beberapa produk sebagai penawar gout antaranya Alfalfa Complex, Performance Drink, Omega Guard, Advance Joint Health Tablet dan Ostematrix.


 
kami di shaklee ada penyelesaian sebagai penawar gout


Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin. Shaklee ada penyelesaian untuk penawar gout ini.


Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?

Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini dan dengan mengambil penawar gout dari produk-produk shaklee adalah digalakkan.


Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?

Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini. Shaklee ada penyelesaian untuk masalah ini dengan produk-produk yang telah disenaraikan sebagai penawar gout.


Bagaimana gout dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:

  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.


Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout

  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Rawatan Gout


Tujuan rawatan adalah untuk:

  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout


Di Shaklee, kami cadangan beberapa Vitamin Shaklee untuk Penawar Gout. Antaranya


 
Alfalfa complex bertindak sebagai agen penyingkir toksid dari badan. Alfalfa complex adalah bersifat alkali yang bertindak meneutralkan keasidan dalam badan. Kealkalian yang dihasilkan oleh alfalfa complex akan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati,kolon,darah dan serta menguatkan otot bertindak sebagai penawar gout.



PERFORMANCE DRINK
Fungsi utama performance drink dalam meredakankesakitan gout ialah memelihara kandungan air dalam badan bagi memastikan kandungannya sentiasa stabil. Kestabilan cecair dalam badan sangat enting bagi pesakit gout bagi memastikan bahan toksid dapat diangkut keluar dari badan. Selain itu, performance drink juga berfungsi untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Paras gula yang seimbang sangat penting bagi memberi tenaga kepada otot dan mempercepatkan penyembuhan otot dan seterusnya membantu dalam penyembuhan sakit gout serta penawar gout.




OMEGA GUARD
Omega 3 yang terkandung dalam omega guard memelihara fungsi-fungsi sendi. Ia larut dalam tisu rawan yang terdapat pada sendi dan boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ini akan membantu mencegah arthritis , memelihara fungsi hempedu dan gout dengan efektif dan bertindak sebagai penawar gout.




AJHT mengandugi ekstrak semulajadi yang telah diuji secara klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi. Ia berupaya meningkatkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihaan sendi untuk jangkamasa panjang.


Ostematrix merupakan sebatian kalsium yang kandungannya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapan kedalambadan ialah 99%. Ostematrix berfungsi menguatkan tulang serta memperbaiki kekejangan dan kebas disebabkan oleh gout.




Gout berpunca dari hablur asid urik (atau dalam kata lain toksid) yang terkumpul dibahagian sendi. Jadi, dengan pengambilan Vitamin Shaklee untuk Gout boleh menyingkirkan toksid adalah penyelesaian terbaik.ALFALFA COMPLEX adalah pilihan terbaik untuk fungsi ini. Sementara itu, untuk mengangkut toksid yang disingkirkan tersebut,pengambilan air yang banyak sangat diperlukan. Pengambilan PERFORMANCE DRINK pula dapat mempercepatkan proses pengnyahbuangan ini. Ini kerana ia membantu mengekalkan kandungan air dalam badan dan mengekalkan kandungan gula dalam darah.
 

Pengambilan OMEGA GUARD, AJHT dan OSTEMATRIX pula membantu memelihara serta membaiki fungsi sendi. Adalah diharapkan dengan Vitamin Shaklee untuk Gout ini dapat membantu pesakit gout bagi meredakan penderitaan mereka.

Semoga  dengan Vitamin Shaklee sebagai Penawar Gout ini dapat membantu pesakit gout bagi meredakan penderitaan mereka.


 Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa ✿
✿ Email : ummicollection@gmail.com ✿
✿ Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni 
 Fage : https://www.facebook.com/SIHATNutrisiShoppe ✿
✿ Sms/WhatsApp : 016-2202565
✿ Shaklee Independent Distributor ✿
✿ ID : 908754 ✿


0 comments:

Teknik Marmet atau perah dengan menggunakan tangan

Bagi ibu-ibu yang berkerja... 2 minggu selepas melahirkan bati adalah waktu yang terbaik untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan apabila mula berkerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya asil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh berkerja 8pg - 5ptg)

Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil sisi yang dipam pada 24hb dan 25hb boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti barulah susu yang dicampurkan tadi diletakkan di tempat beku.
 
Teknik Mermet atau perah dengan menggunakan tangan

Teknik Marmet




Memerah dengan tangan  

Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran
Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah 
Sediakan bekas yang bersih dan steril 
Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa 
Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex) 
Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks 
Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu 
Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan) 
Tekan payudara ke belakang ke arah dada
Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
Teruskan memicit sehingga susu keluar 
Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril 
Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar 
Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut) 
Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
Tukar ke payudara yang satu lagi 
Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
■  Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
■ Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara 


Bila Boleh guna Teknik Marmet

Ketika awal2 kelahiran bayi (ayu dulu mula2 perah dgn tangan juga..lepas dah lama2 sikit baru la guna breastpump) 

Ketika terlupa membawa aksesori breastpump di pejabat (cth:breastshield utk Spectra3) ----> tak perlu risau, boleh perah dengan tangan 

Ketika mengalami kelukaan (cth : macam diri ayu sekarang ni, mmg guna tangan je since bila guna bp ni lagi memburukkan keadaan ----> lagipun senang sikit, pergi ke ofis tak perlu la usung dah beg S3 ni, bawa handbag + cooler bag je) 

Ketika keluar kemana2 tanpa membawa bayi (cth : ketika pergi shopping tak bawa baby, mcm baru2 ni pergi sogo members day, juz bawa botol + nursing cover je, cooler beg mmg letak dalam kereta...time solat boleh perah & hasil perahan tu simpan dalam botol yang boleh tahan dengan suhu luar bilik selama 4 jam ye kawan2 sekalian...


Video dibawah adalah cara Teknik Marmet dilakukan..





(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)


0 comments:

Set anak bijak Shaklee

Set anak bijak shaklee membantu meningkatkan IQ anak -anak anda

Hari ini saya nak share dan memperkenalkan Set terbaik untuk anak kita iaitu Smart Brain & Health Set for Children atau Set anak bijak Shaklee. Semua ibubapa mengimpikan anak yang pintar, cerdik, genius dan pastinya mahu anak sentiasa sihat dan ceriakan ? Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius. Set anak bijak Shaklee ini dapat membantu meningkatkan IQ anak, dalam masam yang sama meningkatkan sistem imun anak kita


Apa yang ada dalam Set anak bijak Shaklee ini ?

Set anak bijak shaklee membantu meningkatkan IQ anak -anak anda

Set anak bijak Shaklee - Omega Guard Shaklee

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Omega sangat membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak seawal usia 2 tahun lagi. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
Bagi ibu mengandung, pengambilan omega pada trismiter ke2 kandungan, membantu perkembangan otak janin sempurna. 

Info lanjut tentang Omega Klik SINI

Set anak bijak Shaklee - Mealshake Shaklee

Mealshake pula meruakan multivitamin terbaik yang mengandungi fiber, protien, kalsium dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh. Jika anak anda sering selsema, batuk mahupun demam, Mealshake ialah penyelesaian terbaik, di mana ia meningkatkan sistem imun anak anda secara semulajadi. 

Siapa yang perlukan Mealshakes Shaklee ? 

Sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit ataupun boleh juga di minum oleh kanak-kanak obesiti. Selain itu, ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja (Ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit yang dalam proses pemullihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat). Dicipta juga untuk anda yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang sangat lazat. MealShake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan. 

Antara kelebihan Mealshakes adalah :
  • meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
  • membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang  picky eater
  • membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
  • membantu mengatasi masalah asthma
  • membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna
  • Meal Shakes juga sesuai utk seisi keluarga.  

Kenapa Ibu Bapa Perlu Risau Anak Tak Selera Makan?

Jika anak tak selera makan, ini bukan masalah kecil.  Jika dibiarkan boleh merat dan menjadi malapetaka kepada anak kita kerana badannya kekurangan sumber. Jadi sebab itulah set anak bijak Shaklee ini dapat membantu memenuhi segala keperluan kekurangan sumber vitamin dalam badan anak-anak supaya lebih sihat, cergas, bertenaga.


Detail dan testimoni boleh lihat di SINI


Jom baca pula Keistimewaan Set anak 

bijak Shaklee:

Set anak bijak shaklee membantu meningkatkan IQ anak -anak anda 
☑ MEALSHAKE ☑

■ Nutrisi Lengkap
- Menyediakan 24 jenis vitamin. Mineral dan zat perlu
- Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan serapan vitamin & mineral oleh tubuh kita
- Mengandungi lecithin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak untuk penyerapan yang lebih efektif

■ Antioksida
- Mengandungi vitamin A, C, E Zink , selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan kesakitan menyeluruh

■ Detoksifikasi
- Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

■ Membantu tumbesaran
- Mengandungi asid folik, biotin, kalsium, megnasium yang diperlukan oleh tubuh untuk proses tumbesaran

■ Rasanya yang lazat
- Rasa dan aroma French Vanila yang menyelerakan dan lazat. Merangsang deria anak-anak untuk menikmati Mealshake yang padat dan berkhasiat


Set anak bijak shaklee membantu meningkatkan IQ anak -anak anda
☑ OMEGA GUARD ☑

Omega Guard Shaklee kaya dengan DHA - Nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina
Dengan mendapat DHA yang mengcukupi 4 ciri-ciri anak bijak dapat dirangsang

 
■ Penglihatan yang tajam (DHA pentig untuk perkembangan mata)
■ Kemahiran menyelesaikan Masalah (DHA penting untuk sel-sel otak berhubung)
■ Perkembangan Intelektual (Omega 3 adalah nutrien asas untuk perkembangan otak)
■ Kemahiran Bahasa (Seiring dengan perkembangan intelektual, kemahiran menguasai lebih cekap)


Jika anak anak berusia 1 tahun ke atas, Set anak bijak Shaklee sesuai diambil  untuk perkembangan IQ dan kesihatan anak anda. 


Harga Set anak bijak Shaklee ? 

Memang berbaloi. Sangat murah berbanding kesihatan dan kecergasan minda anak yang tak ternilai harganya kan ?

Jika anda mahukan harga diskaun Set anak bijak Shaklee ini, anda ada 3 pilihan.

1) Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun  Set anak bijak Shaklee . Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut KLIK Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee. 

2) Atau pun hubungi saya whatsapp / sms / PM di Junaidah / Ummi  sekarang, (taip Set anak bijak Shaklee diskaun ) In sha Allah,  kita boleh bincang. Tak perlu jadi ahli pun tak apa..
    

3) Pergi ke Cawangan Shaklee dan Gunakan ID Junaidah Marni.  Shaklee ID : 908754


Lihat pula apa kata ibu-ibu yang telah berikan anak-anak mereka Set anak bijak Shaklee

 Testimoni Set anak bijak Shaklee


Testimoni Set anak bijak Shaklee

Testimoni Set anak bijak Shaklee
Testimoni Set anak bijak Shaklee

Testimoni Set anak bijak Shaklee

Testimoni Set anak bijak Shaklee

 
Bagi anda ibu2 prihatin dengan kesihatan dan perkembangan anak-anak.. Set anak bijak Shaklee ini sangat sesuai untuk anak anda.. Jadi buatlah pilihan yang tepat demi kebaikan anak-anak kita..


 Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa 
 Email : ummicollection@gmail.com 
 Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni 
 Sms/WhatsApp : 016-2202565
 Shaklee Independent Distributor 
 ID : 908754 



0 comments:

Kurang Kalsium Semasa Hamil


Kurang Kalsium Semasa Hamil

WAJIB BACA !!! Jika anda kurang kalsium semasa hamil.. 

Kalsium berperanan penting dalam proses pembentukan tulang, gigi, sistem saraf, dan otot bayi . Keperluan kalsium bagi ibu hamil adalah 1000 mg per hari. Bagi Anda yang hamil dengan usia di atas 25 tahun, dianjurkan mengambil kalsium dengan jumlah 1200 mg per harinya

Semasa trimester II &  III badan bayi mula  membina struktur tulang badan dengan jayanya. Bayi akan menyerap kalsium dari badan ibu untuk pembinaan tulang.Semasa mengandung kita memerlukan kalsium yang lebih untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan terutamanya semasa ini tulang-tulangnya terbentuk. Oleh itu ibu mengandung mesti mengambil kalsium untuk mengelakkan ibu mengalami kekurangan kalsium dalam badan yang boleh beri kesan pada ibu seperti kerapuhan tulang & kerosakan gigi dengan lebih cepat !

Apakah kesanya jika anda kurang kalsium semasa hamil & menyusukan anak ?

ostematrix shaklee
 
1. Kekejangan 
Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.

ostematrix shaklee

2. Komplikasi melahirkan anak
Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

ostematrix shaklee

3. Gigi Rapuh & Berlubang
Saat hamil penting lebihkan pengambilan kalsium agar tulang tetap kuat. Jika bayi kekurangan kalsium, dia akan menyerap dari kalsium ibu. Akibatnya anda akan mudah mengalami keropos tulang atau gigi rapuh jika hamil namun kekurangan kalsium.


ostematrix shaklee

4. Risiko Pra-eklampsia 
Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi 

ostematrix shaklee

5. Osteoporosis. 
Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada tangan, kaki dan tulang panjang lainnya. Kekurangan konsumsi kalsium dalam waktu lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya langsung dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang rapuh dan mudah patah (osteoporosis).

Seharusnya, ibu hamil tidak boleh memandang remeh keperluan kalsium dan  golongan suami seharusnya turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Lazimnya, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan. Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.


ostematrix shaklee

Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium, ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan. Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

Ostematrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

ostematrix shaklee bantu pembentukan kalsium

Ostematrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Mineral seperti mangan, kuprum dan zink mengukuhkan lagi matriks tulang anda dan memastikan kesihatan tulang berada di tahap yang optimum.


(KLIK DISINI untuk suplimen sepanjang Hamil, selepas melahirkan, berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu eksklusif)



 Berminat untuk dapatkannya dengan harga Istimewa 
 Email : ummicollection@gmail.com 
 Fb : https://www.facebook.com/junaidahmarni 
 Sms/WhatsApp : 016-2202565
 Shaklee Independent Distributor 
 ID : 908754 
 

0 comments: